Sunday, August 10, 2014

Segengam Kopi

Diberitahu seorang pemuda yang sentiasa ditimpa masalah oleh seorang tua. Ambilkan segengam serbuk kopi dan masuk kan dalam sebuat cawan kemudian diminum. Pemuda tersebut melakukan apa yang disuruh dan kemudian disuruh oleh tua tersebut kepada pemuda itu meminum kopi tersebut. Pemuda tersebut meminum dan belum sempat ditelan, diludahkannya air tersebut kerana tak tahan akan kepahitan. Situa tersebut hanya tersenyum.

Kemudian dibawa pemuda tersebut ke sebuah perigi kemudian diperintah kepadanya benda yang sama; diletakkan segengam kopi kedalam telaga tersebut dan diarahkan diminum air daripadanya. Pemuda dapat meminum air tersebut dengan mudah. Situa tersebut tersenyum.

Idea:
Masalah = Segengam kopi yang tidak akan hilang selagi hidup didunia. Jangan dikeluhkan atas masalah tetapi besarkanlah medium yakni hati dengan berlapang dada dan cuba membesarkan diri bukan mengecilkan diri. Jangan lari dari masalah, cuba membesar diri (bukan membangga diri). Yakin Allah sentiasa ada.

Sentiasalah cuba menjadi seperti Ultraman yang melawan Raksasa. Dari manusia kemudian bertukar menjadi Ultraman yang sama sizenya dengan Raksasa.

No comments:

Post a Comment